Bersama Memperkemaskan Forum HALAQAH IPGM.Com


    Bingkisan Kasih Buat Para Penulis Blog

    Share

    Geekspro
    Webmasters
    Webmasters

    Posts : 108
    Points : 247
    Join date : 2009-06-25
    Age : 30
    Location : Bandar Baru Bangi

    Bingkisan Kasih Buat Para Penulis Blog

    Post by Geekspro on Sun Dec 13, 2009 7:17 am

    Senario dunia IT hari ini menunjukkan bahawa hampir semua individu masa kini yang mempunyai connection internet memiliki sebuah blog sama ada menggunakan platform wordpress ataupun blogger.


    Setiap hari akan ada blog baru yang dicipta sama ada untuk tujuan menjana pendapatan online, berdakwah mahupun coretan peribadi.


    Saya amat terkejut dengan statistik dari blogger yang menunjukkan dalam ruang masa hanya sekitar 10 minit sahaja lebih 8 ribu individu mengupdate blog mereka. Keghairahan mengupdate blog ini berlaku kepada individu di seluruh dunia. Untuk lebih meyakinkan anda cuba lihat kepada statistiknya di=>SINI


    Adalah suatu perkembangan yang sangat baik apabila makin ramai individu yang memiliki blog sendiri kerana dengan blog yang ada kita dapat mencurahkan idea dan pemikiran kedalam blog supaya ia bukan sahaja dapat dibaca bahkan memberi manfaat kepada orang lain. Akan tetapi apa yang saya kesalkan apabila ada segelintir dalam kalangan penulis blog yang menulis sesuatu yang tidak sepatutnya di tulis dan melampau-lampau dalam memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada khalayak umum.


    Perlu diingat bahawa apa-apa sahaja yang kita tulis dalam blog ia menjadi bahan bacaan umum seluruh dunia dan sekiranya tulisan itu mengandungi kebaikan kita akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah sebaliknya jika tulisan itu mengandungi unsur-unsur yang melaghakan para pembaca sanggupkah kita mendapat dosa secara free apabila tulisan kita itu dibaca oleh orang ramai? Akibatnya akaun dosa kita akan berterusan dipenuhi oleh dosa selagi kita tidak delete posting yang telah kita publish. Selagi anda tidak delete atau edit posting tersebut dan bertaubat kepada Allah Taala selagi itulah Allah tidak akan delete dosa tersebut dari akaun dosa kita.

    Apabila Matinya Seorang Penulis Blog


    Pernahkah anda terfikir jika sekiranya anda menulis sesuatu yang melaghakan atau melalaikan di dalam blog kemudian selepas itu anda meninggal dunia sebelum sempat anda delete posting tersebut apa yang akan anda dapat? Sanggupkah anda mendapat dosa berterusan walaupun selepas mati akibat posting tersebut? Selagi mana ada orang membacanya selagi itulah anda akan mendapat dosa kerana hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mendelete blognya sendiri. Nasihat saya selaku seorang blogger fikirlah dengan iman sebelum melakukan posting di dalam blog kerana akibatnya nanti akan menyusahkan kita kelak di akhirat.


    Alangkah beruntungnya orang yang menggunakan blog untuk tujuan dakwah dan penyebaran ilmu kerana walaupun setelah mati dia masih lagi mendapat ganjaran pahala selagi mana tulisannya di baca oleh masyarakat sebagaimana sabda Nabi s.a.w :





    Maksudnya : Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya ”.

    Berdasarkan hadis ini kita selaku penulis blog mampu untuk mendapatkan pahala berterusan selepas mati dengan meninggalkan khazanah ilmu yang baik. “Fikir dahulu sebelum posting anda mampu mengubahnya”.


    _________________

      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 11:24 pm