Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bersama Memperkemaskan Forum HALAQAH IPGM.Com


    PERATURAN BERFORUM DI SUDUT AGAMA

    Geekspro
    Geekspro
    Webmasters
    Webmasters


    Posts : 108
    Points : 247
    Join date : 2009-06-25
    Age : 38
    Location : Bandar Baru Bangi

    PERATURAN BERFORUM DI SUDUT AGAMA Empty PERATURAN BERFORUM DI SUDUT AGAMA

    Post by Geekspro Tue Dec 15, 2009 7:43 am

    Assalamualaikum W.B.T

    Berikut adalah peraturan yg perlu dipatuhi oleh semua ahli di sub-forum Sudut Agama, sila ambil PERHATIAN dan beri kerjasama sepenuhnya supaya semuanya berjalan dengan lancar...Aminn..

    BAHASA

    - Bahasa kesat, lucah dan kurang ajar adalah dilarang sama sekali
    - Penggunaan 'bahasa sms' yg melampau tidak digalakkan berikutan kesukaran ahli lain untuk memahaminya
    - Penggunaan 'caps lock' tanpa sebab juga tidak digalakkan

    HORMAT - MENGHORMATI

    - Jangan memperlekeh pendapat dari ahli lain walaupun anda tidak bersetuju mengenainya, sila berbincang dengan berhemah
    - Dilarang menghina, memfitnah, memaki dan mengapi-apikan ahli lain, elakkan sebarang perkara yang boleh mengundang pertengkaran.
    - Hargai dengan ucapan 'terima kasih' kepada ahli yg telah membantu anda.

    MEMBALAS & MEMBUKA TOPIK

    - Sila gunakan fungsi carian terlebih dahulu sebelum membuka topik
    - Topik yg hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Sudut Agama sahaja.
    - Tajuk topik hendaklah jelas, elakkan meletak tajuk seperti 'tolong saya' 'macam mana ni?' dan lain-lain yang terlalu ringkas.
    - Ahli tidak dibenarkan membalas topik dengan pos-pos yg tidak berfaedah seperti 'hahaha', 'betul tu' atau sekadar emoticon sahaja.
    - Elakkan berbincang perkara-perkara luar dari topik.
    - DILARANG 'double post' tanpa sebab yg munasabah atau sekadar untuk menarik perhatian ahli lain adalah tidak dibenarkan.
    - Artikel yg panjang hendaklah dibuat secara berperenggan untuk memudahkan ianya dibaca

    PERKONGSIAN MEDIA

    - Ahli disaran menyertakan kredit utk mana-mana media yg dikongsi sebagai menghormati hak author/sumber
    - Sila sertakan sedikit penerangan atau info mengenai media yg dikongsi
    - Dilarang meletak sebarang media berunsur lucah dan keganasan melampau yg boleh mengganggu ketenteraman mana-mana pihak media yg dimaksudkan adalah dalam bentuk audio, video, imej mahupun artikel

    Terima kasih di atas kerjasama anda semua...

    ***Pihak admin berhak mengubah/menggubal mana-mana peraturan di atas dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

    TERIMA KASIH

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 11:59 am