Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bersama Memperkemaskan Forum HALAQAH IPGM.Com


2 posters

    Jadilah Manusia Ganjil Yang Positif...

    Geekspro
    Geekspro
    Webmasters
    Webmasters


    Posts : 108
    Points : 247
    Join date : 2009-06-25
    Age : 38
    Location : Bandar Baru Bangi

    Jadilah Manusia Ganjil Yang Positif... Empty Jadilah Manusia Ganjil Yang Positif...

    Post by Geekspro Fri Jun 26, 2009 8:20 am

    By : Mohd Amzari Iberahim

    Dalam kelompok manusia ada dua jenis manusia yang ganjil iaitu ganjil positif dan yang kedua ialah ganjil negatif. [justify]Jadilah orang ganjil yang positif dan elakkan diri dari menjadi si ganjil yang bersifat negatif. Terdapat beberapa ciri orang yang digelar ganjil positif iaitu :


    Pemuda Yang Hatinya Terpaut Dengan Masjid

    Menjadi kebiasaan golongan yang berdarah muda suka berseronok dan sering kali leka dengan usia muda yang ada dengan melakukan perkara yang tidak mendatangkan sedikit faedah pun kepada diri mereka dan alangkah ajaib dan ganjilnya golongan pemuda ini jika di waktu orang lain tenggelam dengan usia muda mereka dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah golongan ini terpaut dengan masjid. Mungkin kalau dikira dari sudut pahala bersolat di masjid mungkin orang muda lah yang lebih banyak sedikit pahalanya daripada orang tua sekiranya solatnya dikabulkan oleh Allah kerana mereka meletakkan diri mereka di tempat yang tidak disukai oleh nafsu. Inilah golongan ganjil yang positif kerana amat sedikit pemuda yang mengikat hatinya dengan Masjid.


    Orang Yang Menjadi Hamba Allah Yang Soleh Walaupun Hidup Di tengah Kemaksiatan

    Amat ganjil sekali seorang yang hidup dalam persekitaran yang penuh dengan maksiat tapi dapat menjaga dirinya dari melakukan kemaksiatan serta menjadi hamba Allah yang soleh di kala manusia terjebak dengan maksiat maka dirinya dapat menghindarinya. Manusia sebegini cukup ganjil dah hebat kerana suasana persekitaran yang penuh dengan kemaksiatan tidak dapat merobek keimanan dan ketakwaan dirinya kepada Allah S.W.T.


    Orang Kaya Yang Suka Bersedekah

    Kekayaan sering kali menjadikan manusia itu lupa diri, sejarah telah menunjukkan kepada kita bagaimana Qarun telah dibinasakan oleh Allah Taala kerana sifat tamak dan rakus yang menguasai dirinya. Perut manusia sebenarnya tidak akan pernah kenyang dalam soal mengumpul harta kecuali dengan tanah (mati). Alangkah ganjil dan ajaibnya golongan kaya yang bersifat dermawan yang memandang harta yang ada padanya bukanlah milik dirinya akan tetapi amanah Allah yang perlu diurus dengan baik agar dirinya tidak dipersoalkan dengan harta tersebut di akhirat kelak. Mereka membelanjakan harta mereka di jalan Allah dan tidak pernah timbul kekesalan kerana mereka yakin Allah akan menggantikan harta yang mereka belanjakan dengan sesuatu yang lebih baik dari itu.


    Jika kita disifatkan sebagai orang yang ganjil biarlah kita tergolong dalam golongan ganjil yang bersifat positif kerana Nabi Muhammad itu juga adalah manusia ganjil yang mana keganjilannya memikat hati kita para umatnya. Marilah sama-sama kita menghidupkan enjin untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh pada bulan ramadan ini supaya ia memberikan kita kuasa untuk terus memperhebatkan amalan di bulan-bulan yang lain.
    nurul f
    nurul f
    Supervisors
    Supervisors


    Posts : 67
    Points : 85
    Join date : 2009-06-27
    Age : 37
    Location : Malacca

    Jadilah Manusia Ganjil Yang Positif... Empty Re: Jadilah Manusia Ganjil Yang Positif...

    Post by nurul f Sat Jun 27, 2009 1:13 pm

    tajuk artikel ni menarik...walaupun saya sudah maklum akan isinya.
    Manusia ganjil...hmm.. alien
    mungkin kelompok ini mempunyai perspektif hidup yang unik.

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 5:02 am