Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bersama Memperkemaskan Forum HALAQAH IPGM.Com


    ALTERNATIF PENAWAR H1N1?

    Geekspro
    Geekspro
    Webmasters
    Webmasters


    Posts : 108
    Points : 247
    Join date : 2009-06-25
    Age : 38
    Location : Bandar Baru Bangi

    ALTERNATIF PENAWAR H1N1? Empty ALTERNATIF PENAWAR H1N1?

    Post by Geekspro Wed Aug 26, 2009 8:59 am

    Berita Terkini dibawah dari Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)| Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyebaran Virus H1N1 bukan makin berkurangan malah semakin bertambah. Adakah peristiwa pada 1918-1920 yang mengorbankan lebih berjuta orang akan berulang?

    Sekarang ini kes H1N1 semakin menular dan membimbangkan. Negara-negara seperti Amerika Syarikat , Mexico, United Kingdom , Singapura dan New Zealand..termasuk Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga diatas penularan wabak ini.

    Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) juga telah mengistiharkan wabak selsema babi sudah di tahap ke 6 iaitu tahap pandemik. Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) kini semakin meningkat tanpa henti dan semua negara perlukan vaksin, kata seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini menyusul lebih 12 kematian baru yang dilaporkan.

    Seluruh dunia sebenarnya sedang mencari penawar untuk selsema babi ini. Negara-negara kuasa besar seperti USA, Britain dan Jepun telah mengerahkan saintis mereka untuk mengkaji jenis-jenis ubat untuk penawar penyakit ini.

    Kita beruntung kerana sebagai orang Islam, kita mempunyai Nabi yang boleh kita percayai dengan kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dikatakannya adalah datang dari yang maha Esa dan sudah tentu kita mesti percayai dengan yakin dan boleh diguna pakai.

    Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda dan yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti yang bermaksud: "Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali kematian."

    Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyaAllah pengamalan Minyak Dara Saudacare boleh menjadi penawar kepada selsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkan Sunnah Nabi.


    ALTERNATIF PENAWAR H1N1? Banner125x125

      Current date/time is Tue May 07, 2024 6:38 am